Sunday 2 September 2012

MODEL BUNKER & THORPE


PERMAINAN KANAK-KANAK


1.         Mengikut Model Bunker dan Thorpe (1982), terdapat dua kebaikan permainan untuk kanak-kanak. 

a.         Membantu meningkatkan kemahiran asas motor seperti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan atau tanpa alatan.

b.         Membantu meningkatkan kemahiran khusus sukan seperti melontar, menangkap, menyepak, dan sebagainya.

2.         Untuk memastikan pengurusan dan pengelolaan permainan kanak-kanak berkesan dan selamat, guru perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:


Sebelum permainan

-       tetapkan tarikh dan waktu.
-       merancang prosedur permainan.
-       menyediakan kawasan dan tanda tempat permainan.
-       senarai dan mengasingkan alat-alatan yang diperlukan
-       menyediakan peraturan permainan.
-       menyediakan kad-kad/borang-borang catatan/skor.
-       menetapkan sistem pemarkahan (jika perlu).

Semasa permainan

-       melaksanakan aktiviti memanaskan badan dan regangan
-       memberi penerangan dan demonstrasi.
-       alat-alatan menarik dan mencukupi.
-       alat-alatan disusun dengan baik dan di sudut yang selamat.
-       alat-alatan digunakan dengan cara yang betul.
-       kawasan permainan sesuai dan selamat.
-       pakaian sesuai dan kemas.
-       kanak-kanak mematuhi arahan.
-       melaksanakan permainan secara sistematik, teratur dan terkawal.

Selepas permainan

-       semua alat-alatan disimpan di tempat asal.
-       memastikan kawasan permainan bersih dan kemas.
-       kanak-kanak berbaris dan berjalan balik ke kelas.
-       membuat refleksi dan kajian semula (post-mortem).

PENGURUSAN & PENGELOLAAN PERMAINAN KANAK-KANAK


a)         Pengurusan dan kawalan kelas sangat penting dalam mengendalikan permainan kanak-kanak.  Pengelolaan permainan kanak-kanak  menekankan aspek keseronokan. Dalam aspek kawalan keselamatan pula, peraturan permainan  memainkan peranan yang penting.
Semasa merancang, mengurus dan mengelolakan permainan kanak-anak, terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan supaya setiap kanak-kanak dapat mengalami keseronokan dan kejayaan semasa bermain.
     a.         Latar belakang kanak-kanak
                        b.         Kawasan yang sesuai dan selamat
                        c.         Perbezaan kebolehan dan kemahiran kanak-kanak

            b)         Aktiviti permainan disediakan untuk menimbulkan minat dan keseronokan murid-murid. Sebagai contoh, pemenang dalam permainan kategori serangan/kawasan tersebut adalah berdasarkan kepada murid-murid yang berjaya :
Ø     memijak dan memecahkan belon pihak lawan

Ø     menyepak dan menendang belon ke dalam pintu gol     

Ø     menggolek bola kecil menuju bola besar supaya ia sampai di zon selamat

Ø     menangkap pihak lawan dengan bilangan yang ramai sebelum melepasi garisan.


c)         Kemampuan dan keselamatan kanak-kanak merupakan aspek utama yang perlu diberi perhatian oleh guru semasa  melaksanakan permainan kanak-kanak. Di antara langkah-langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian sebelum & semasa melaksanakan aktiviti permainan kanak-kanak adalah seperti berikut:

Ø     Membuat/menyediakan rancangan pelajaran dengan teliti.

Ø     Pemilihan aktiviti yang tepat.

Ø     Persekitaran atau tempat aktiviti yang dijalankan sesuai, lapang dan selamat.

Ø     Pakaian yang sesuai untuk terlibat dengan aktiviti fizikal.

Ø     Perlakuan murid dikawal.

Ø     Memerlukan penyeliaan, arahan dan bimbingan.

Ø     Prosedur permainan yang sistematik.

Ø     Lain-lain jawapan yang relevan.

d)         Terdapat tiga faktor  keselamatan semasa pengelolaan permainan kanak-kanak.


Keselamatan peralatan
          a.         Pastikan peralatan yang digunakan selamat untuk digunakan
b.        Mempastikan alatan bermain digunakan dengan cara  yang betul dan selamat
c.         Peralatan diletakkan pada sudut atau tempat yang selamat

Keselamatan kawasan
a.         Pastikan kawasan bermain selamat daripada bahan-bahan tajam, berduri, kotor dan objek-objek yang boleh menyebabkan kecederaan.
b.         Pastikan kawasan bermain terletak di kawasan yang rata. Kawasan tidak rata boleh menyebabkan kecederaan.
c.         Kawasan bermain mudah dihubungi sekurang-kurangnya  jalan darat, atau air, atau udara untuk memudahkan bantuan diberikan jika berlaku kejadian tidak diingini.
d.         Keluasan kawasan bersesuaian dengan aktiviti.

 Keselamatan pelajar
a.         Pastikan pelajar berada dalam kesihatan yang baik
b.         Pastikan bilangan pemain mematuhi peraturan bermain. Bermain dalam bilangan yang ramai meningkatkan risiko kecederaan.
c.         Pastikan pelajar mematuhi peraturan dan arahan
d.         Pastikan pelajar membuat aktiviti regangan dan  memanaskan  badan sebelum melakukan aktiviti.
e.         Pastikan pelajar melakukan gerak kendur dan membuat aktiviti menyejukkan badan  selepas melakukan aktiviti.
f.          Mempastikan pelajar memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti
g.         Mempastikan pelajar tidak melakukan aktiviti  dalam cuaca yang buruk
h.         Aktiviti dilakukan di bawah pengawasan guru
i.     Mempastikan aktiviti dilakukan bersesuaian dengan tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar                                                                                                               

No comments:

Post a Comment