Sunday 2 September 2012

kertas kerja permainan kanak-kanak



1.0  Tajuk      
serang hendap

2.0  Matlamat
Permainan kanak-kanak ini diwujudkan untuk memenuhi syarat ujian amali Pergerakan Asas (PJM3102). Terdapat empat kategori di dalam permainan kanak-kanak iaitu sasaran, pukulan, jaring/ dinding dan kategori serangan/ kawasan. Permainan yang dibincangkan adalah kategori serangan. Permainan ini dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta manipulasi alatan dalam permainan. Murid-murid melakukan aktiviti berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular. Di samping itu, murid-murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan dalam suasana yang menyeronokkan serta memupuk semangat kerjasama

3.0 Objektif
Pada akhir perlaksanaan permainan ini, pelajar dapat :

            i.        Memahami konsep bekerjasama, dan mematuhi arahan serta peraturan untuk keselamatan diri.
            ii.        memperkembangkan pengetahuan tentang domain psikomotor, kognitif, dan afektif.
           iii.        menguasai kemahiran pergerakan asas dan berupaya mengaplikasinya dalam permainan kanak-kanak.
           iv.        mengamalkan tingkah laku dan sahsiah yang positif.
            v.        memupuk semangat kesukanan dan semangat kerjasama sesama ahli kumpulan.
           vi.        memperkembangkan imaginasi semasa merancang dan melaksana permainan kanak-kanak kategori ini.
          vii.        mengenalpasti dan mengatasi masalah dalam permainan.

4.0  Panduan Pelaksanaan Permainan
4.1 Senarai jenis alatan




skitel



sebuah kotak




satu botol

4.2   Prosedur pelaksanaan permainan mengikut kategori yang dipilih.


  1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B
  2. Sekiranya kumpulan A memulakan permainan, kumpulan A dianggap sebagai penyerang manakala kumpulan B sebagai pertahanan begitulah sebaliknya.
  3. Permainan akan dimainkan secara berselang seli iaitu jika kumpulan A memulakan dahulu, permainan seterusnya akan diteruskan oleh kumpulan B.
  4. Permainan perlu dimulakan ditengah-tengah gelanggang. Pemain perlulah berada di kawasan masing-masing.
  5. Apabila wisel ditiup, barulah pemain dibenarkan masuk ke kawasan pihak lawan.
  6. Pemain dikehendaki membaling kotak kepada ahli kumpulannya sendiri bagi menjaringkan gol bagi kumpulannya.
  7. Pemain tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.
  8. Kotak yang berjaya dijaringkan  akan mendapat satu mata .
  9. Penjaga gol perlulah menghalang kotak daripada masuk dengan menggunakan botol.
  10. Kotak yang masuk ke dalam gol  sahaja akan dikira sebagai mata.
  11. Kumpulan yang mengumpul mata terbanyak akan dikira sebagai pemenang.
  12. Masa yang diperuntukkan adalah selama 10 minit.

4.2 Pelan kedudukan pelaksanaan permainan



4.3 Peraturan dan syarat-syarat permainan


  1. Sebelum memulakan permainan, ketua kumpulan  A dan B diminta membuat undian untuk menentukan kumpulan yang akan memulakan permainan. Kumpulan yang memenangi undian tersebut akan memulakan permainan.
  2. Pemain hendaklah menjaringkan kotak ke dalam gol dengan cara membaling kepada ahli kumpulannya sahaja dan setiap jaringan ynag dibuat, akan mendapat mata.
  3. Sekiranya kotak jatuh ke tangan pihak lawan, pihak lawan perlulah menjaringkan gol bagi pihak kumpulannya untuk mendapatkan markah.
  4. Penjaga gol diberi dua buah botol untuk menghalang kotak daripada memasuki gol.
  5. Kotak yang memasuki kawasan penalti hanya boleh diambil oleh penjaga gol sahaja dengan cara membaling menggunakan tangan.
  6. Pemain tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.
  7. Pemain juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan gelanggang semasa permainan berlangsung.
  8. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawanan tersebut.

No comments:

Post a Comment