Sunday 2 September 2012

TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING


  • Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe, iaitu seorang atlet Amerika Syarikat. 
  • Model ini menghujahkan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikn jasmani untuk mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran permainan tidak menyumbang kepada kejayaan, menambah pengetahuan mahupun meningkatkan kemahiran. 
  • Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia ada. 
  • Teori Bunker dan Thorpe telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah memberi ruangan kepada kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri dengan seronok dan ianya menghasilkan faedah yang baik.
  • Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu permainan, kanak-kanak haruslah diberi kesedaran tentang ‘Mengapa’ dan ‘Bila’ sesuatu kemahiran perlu diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu.
  • Dengan itu,kanak-kanak akan memberi respons yang lebih baik dan peka jika mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan.
  • KEBAIKAN MODEL :
  • Antaranya ialah ia dapat memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah diubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka, kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran yang sedia ada, ia mencakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat menerokai permainan yang diubahsuai secara berperingkat. 
  • KELEMAHAN MODEL
  • Antara kelemahannya ialah kanak-kanak mungkin akan keliru kerana pengubahsuaian permainan ini mungkin akan mengubah sifat asal sesuatu permainan itu dan peralatan yang digunakan juga mungkin tidak bersesuaian untuk permainan tersebut.

Teaching Games for Understanding (TGfU) adalah berasaskan  idea Bunker dan Thorpe
(1982). Matlamat utama TGfU ialah supaya murid dapat memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.  Mengikut Model Bunker dan Thorpe (1982), terdapat empat kategori dalam permainan kanak-kanak. Keempat-empat kategori dersebut adalah sasaran, pukulan, jaringan /dinding dan serangan / kawasan.

Jenis-jenis permainan kanak-kanak dan kategori mengikut Bunker & Thorpe:

Sasaran
Pukulan
Jaring / Dinding
Serangan / Kawasan
Ten Pin Bowling
Sofbol
Ping Pong
Ragbi
Bowling Padang
Baseball
Badminton
Bola Sepak
Dart
Kriket
Bola Tampar
Bola Jaring
Memanah


Bola Keranjang



Hoki

Kategori permainan model TGFU

Terdapat empat kategori permainan yang terkandung dalam model TGFU ini. Antaranya ialah:

Target / sasaran
– Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata
– Contoh: bowling, archery, golf

Striking / Fielding
– Perlawanan yang melibatkan dua pihak: pasukan striking dan pasukan fielding
– Mengumpul mata melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan
– Contoh: baseball , softball, cricket

Net / Wall
– Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding
– Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang
– Contoh: badminton, squash, table tennis

Invasion / Serangan
– Permainan berpasukan
– Dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpul mata
– Contoh: soccer, basketball, handball

No comments:

Post a Comment