- Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe, iaitu seorang atlet Amerika Syarikat.
- Model ini menghujahkan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikn jasmani untuk mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran permainan tidak menyumbang kepada kejayaan, menambah pengetahuan mahupun meningkatkan kemahiran.
- Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia ada.
- Teori Bunker dan Thorpe telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah memberi ruangan kepada kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri dengan seronok dan ianya menghasilkan faedah yang baik.
- Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu permainan, kanak-kanak haruslah diberi kesedaran tentang ‘Mengapa’ dan ‘Bila’ sesuatu kemahiran perlu diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu.
- Dengan itu,kanak-kanak akan memberi respons yang lebih baik dan peka jika mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan.
- KEBAIKAN MODEL :
- Antaranya ialah ia dapat memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah diubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka, kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran yang sedia ada, ia mencakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat menerokai permainan yang diubahsuai secara berperingkat.
- KELEMAHAN MODEL
- Antara kelemahannya ialah kanak-kanak mungkin akan keliru kerana pengubahsuaian permainan ini mungkin akan mengubah sifat asal sesuatu permainan itu dan peralatan yang digunakan juga mungkin tidak bersesuaian untuk permainan tersebut.
Teaching Games for
Understanding (TGfU)
adalah berasaskan idea Bunker dan Thorpe
(1982). Matlamat
utama TGfU ialah supaya murid dapat memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan. Mengikut Model Bunker dan Thorpe
(1982), terdapat empat kategori
dalam permainan kanak-kanak. Keempat-empat kategori dersebut adalah sasaran,
pukulan, jaringan /dinding dan serangan / kawasan.
Jenis-jenis permainan
kanak-kanak dan kategori mengikut Bunker & Thorpe:
Sasaran
|
Pukulan
|
Jaring / Dinding
|
Serangan / Kawasan
|
Ten Pin Bowling
|
Sofbol
|
Ping Pong
|
Ragbi
|
Bowling Padang
|
Baseball
|
Badminton
|
Bola Sepak
|
Dart
|
Kriket
|
Bola Tampar
|
Bola Jaring
|
Memanah
|
Bola Keranjang
|
||
Hoki
|
Kategori
permainan model TGFU
Terdapat empat kategori permainan yang
terkandung dalam model TGFU ini. Antaranya ialah:
•
Target / sasaran
– Menempatkan objek pada sasaran atau
mendekati sasaran untuk mendapat mata
– Contoh: bowling, archery, golf
• Striking
/ Fielding
– Perlawanan yang melibatkan dua pihak:
pasukan striking dan pasukan fielding
– Mengumpul mata melalui larian yang selamat
dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan
– Contoh: baseball , softball, cricket
•
Net / Wall
– Permainan dimainkan antara jaring atau atas
dinding
– Mengumpul mata melalui menghantar objek ke
gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik
dalam kawasan gelanggang
– Contoh: badminton, squash, table tennis
• Invasion
/ Serangan
– Permainan berpasukan
– Dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke
dalam kawasan pihak lawan dan mengumpul mata
– Contoh: soccer, basketball, handball